My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

20 December 2010

saya tak gay tapi saya okay




Kunkun!!


Orang yang menulis ini masih nipis imannya dan kurang pandai tentang agama jadi jika ada kesilapan, itu ialah kekhilafan orang yang menulis. Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari orang yang menulis entry ini.


Dua tiga hari ni, banyak blog yang buat entry pasal gay yang buat pengakuan berani mati pasal orientasi seksualiti dia macam video bertajuk "Saya Gay, Saya OK" dekat bawah ni. Aku tak tahu apa motif sebenar dia buat video tu. Entah betul ke tidak dia tu gay pun aku tak tahu.





Apa yang jelas, ada nama Azwan Ismail maka sah-sahlah dia Muslim. Hidup seorang Muslim mestilah berlandaskan Al-Quran dan Islam. Dan dalam Islam, hubungan sejenis adalah haram. Dan benda haram tetap haram. Dosa tetap dosa. Kalau hari ni ada gay nama Aaron jadi hak pasangan gay dia bernama Karim, akhirat nanti dua-dua tu tetap hak Allah. Nama gay tu aku buat contoh je. Jangan ada yang terasa pulak.


Semalam, masa tengah blogwalking, ada aku komen entry blogger mana entah pasal video dekat atas ni. Aku kutuk kaw-kaw punya. Yelah, hati tengah panas, terus tulis komen yang nampak sangat merelakan emosi menguasai akal sebab terlalu memandang benda ni dari sudut negatif. Mungkin ramai tak sedar, video ni sebenarnya sebagai peringatan kepada kita tentang dunia akhir zaman supaya kita bersedia dengan bekalan di sana. Tapi biasalah, pemikiran negatif memang tak boleh lari dari manusia.


Aku ada kawan gay dan aku takde masalah berkawan dengan dia. Aku tahu dia tahu yang gay tu haram tapi aku tak pernah cakap pasal tu sebab tu hak peribadi dia. Aku juga tak benci gay. Nabi Lut dulu pun bersabar dengan perangai kaumnya. Aku juga tak suka kutuk-kutuk gay ni sebab bagi aku, bila 1 jari aku dihalakan kepada perbuatan mereka, 4 jari yang lain menunjuk kepada aku sebab tidak pernah cuba menasihat dan membimbing mereka. Apa yang mampu, hanyalah berdoa supaya mereka berubah.


Satu benda yang buat aku bangga dengan rakyat Malaysia hari ni ialah semangat jitu yang sekeras-kerasnya membangkang video ni. Tapi ingat, dalam kita membangkang video ni, jangan kita lupa dengan dosa-dosa lain yang setiap hari terhidang depan mata kita. Janganlah bermati-matian kutuk golongan gay tapi buat tak tak tahu bila ada kes riba, rasuah, buang bayi, pergi clubbing, pelacur, judi dan banyak lagi.


Bro, kalau betullah kau gay, dah cuba insaf tapi tak dapat atau kau memang rasa awal lagi nak insaf, tak perlulah buat pengakuan macam ni. Aku suka tahap keyakinan yang tinggi macam ni tapi keyakinan kau ni buat malu keluarga, bangsa dan paling penting agama kau. Kalau boleh berubah, berubahlah tapi kalau tak boleh, diam-diam sudah.


Maaf kalau ada yang terasa tapi aku tulis ni sebab aku sayang saudara Islam aku. Aku tak nak dalam situasi lelaki makin pupus ni, ada lelaki yang sibuk cari lelaki sebagai pasangan. Perempuan berlambak-lambak tu takkan nak biar jadi andartu bro?


Sebarang kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang fasih dalam ilmu ini.


Kunkun!!



26 comments:

Khai said...

itu lah..masalah betul. jgn la awl2 ni bkn main bangkang video tu..lama2 wt dono jer kt gologan cmtu... nak ke Nabi Muhammad SAW x mengaku kita umatnya kelak?

Aini Adam said...

manusia sekarang suke kutuk mengutuk, mengumpat.. tp x pernah nk usaha utk ubah mereka. manusia x sedar yg kata2 itu adalah doa. kalau baik, maka baiklah..kalau buruk, maka jadi la macam ni.. sy x nafi benda ni la yg sy kutuk jgk kdg2..tp, bila pikir balik, xde gune. itu hak mereka. tp ingat, yg kite akan kembali kpd-Nya jua

chittysarah said...

manusia akhir zaman..
perlu berdoa tuk mereka berubah
dan berdoa allah masih memberi kesempatan
kepada kita untuk menjadi yang lebih baik..
amin..~~

Nana. said...

haishh ! berani betul -.-

rafina mimi abdullah said...

kat dalam blog ni pun banyak yg gay..lesbian..dunia dah akhir zaman..bumi ni pun dah tua..masa zaman nabi muhammad dulu pun baginda nampak bumi ni dah bongkok 3..sekarang ni tak tahulah bongkok berapa..

mira_nas said...

hurm..binatang pon tak mengawan sesama jenis!

myssmie said...

dunia akhir zaman cm 2 la..
punya la byk pompuan kt dunia nie, nk jgk cri laki!
haiisshhh...dah la laki makin kurang skng...
jadi mcm 2 pulak~

Mawar Merah said...

Sib baik dia wat pengakuan yg dia gay. So, xkan ada la mana2 pompuan yg TERkawin dgn mamat tu n hidup merana. Dh byk kes pompuan kawin dgn lelaki yg sgt ensem, macho, gagah perkasa segala. Tp pelik sbb ms diranjang, lelaki tersebut xbernafsu kpd isterinya. Si siteri ingatkan dia xpndai menggoda suaminya atau membuka selea suaminya. Rupa2nya, suaminya yg xnormal. Ish3. Dunia akhir zaman. Sm2 kita perangi maksiat yg sdg berleluasa!

Unknown said...

Pls click this link and “Like” Azham Vosovic’s comment yea?
http://apps.facebook.com/asx-perience/?page=scenario-5.php

hans said...

doakan mereka2 ini berubah
insyaallah jika mereka bertaubab nanti siapa tahu mungkin mereka lebih mulia dari kita
dan berdoalah agar kita semua dan ahli keluarga kita dijauhi daripada jalan songsang ini
amin

P/S : Misteri Danella : "Danella Cakap Dengan Siapa?"

Maira Adreanna said...

salah satu tanda kiamat, dunia pusing jadi mcm zaman jahiliah balik .fikir lah

wawalicious said...

CN pun sayang sesame muslim..ape yg mampu CN buat, berdoa supaye ALLAH buka pintu hati dorang utk bertaubat..

missStrikeOne said...

hmm..kami mmg rapat.tpi mula2 dpt tau salah sowg dari membe kami adalah gay agak terkejut gak.nk sound direct tkot dye trse n akan putuskan prshbatan kami.so ape yg kami buat...kami ttp kwn ngn dye.malah smakin rapat n kami slalu amek brt pasal dri dye.tnye psl hidup dye.smbil bercrita sal hdup dye kami selitkanlah nsihat2 tu.lama2 dye sedar n Alhamdulillah skrg dye dah ok.... :)

sekarang...kami dah jrg jumpe sbb masing2 ngh study tok degree in dif university.semoga kejayaan bersama kami...Amin

Farah Hanim Mohd Alwi said...

tnde2 akhir zaman..nauzubillah :)

Azewas32 said...

Yg mampu kita lakukan hanya la berdoa....klu dh tegur x mkn saman...baik saman je trus...huhu...

ImpianHomes said...

nauzubillah...

Sahabat said...

harap para gay tu insaf dan bertaubat...

Anonymous said...

rasa malu jap tgk vid ni..ishh..kdg2 xfhm knpe nak jadi cm tu..sungguh tak faham...

anamizu said...

semoga golongan mereka ini diberi ptunjuk oleh yg maha esa..aminnn

Burp said...

speechless ngan orang2 skang.. bile kte nasihat kkdg dorg mrh kite blik.. kubo masing2 la.. hapela.. tapi..tuhlah.... how?

misSbLurRy said...

aku setuju cakap ko.....aku tak mampu nak berkata2....aku hany oleh berdoa supaya diorg berubah hati nak terbuka hati tuk insaf...

aku ramai ade kawan2 gay +lessy nie...bukan nak menggalakkan...tp kalau kita kutuk sekali pon bukan boleh mengubah pape kat org tue...dosa lg dpt ade lah....

lagi 1...kutuk2 bagai...esok lusa kalau kene kat batang idung sendiri?siapa nak jawab..so jgn pandang diri kita tuer perfect sangat nak judge kesalah org yang semmgnya terang2an...

kesalahan kita yg gelap2 nie kita x nampak so kaji balik diri kita sbelum diri org....

waaa..membebel lak...ehehhe

iKhRam said...

kali ni biarkan aku bernafas dalam egomu..
cewah... hahaha...

hak peribadi.. hak peribadi jugak..
tp batas2 agama perlu dipelihara...
berani kerana benar perlu diletakkan kepada haknya.. bukan sekadar membabi buta..

jgn memikirkan kepentingan sendiri tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat.. kekeliruan ini jgn dibiarkan merebaknya.. sebaliknya perbetulkan,.. dan sekiranya didikan itu perlu.. didiklah semula...

tiada yang lebih penting selain
amar makruh nahi mungkar..
inilah peranan ilmuan yang tak sudah2 bercakap atas nama politik..
inilah peranan orang2 agama..
buktikanlah kecelaruan ini dihapuskan..

saya teringat pepatah ini
melentur buluh biarlah dari rebungnya..
tp ini soal naluri..
tak cukup dengan melentur,.. memahami dan mengubahnya adalah perlu

yang benar
ikhram

misz eyesha™ said...

yes im totally agree with u...
mengikut agama?? huhu...
nonsence btol la....
sy ade post video tu jgk...
sb tgk tgh hot je :)

absolutely emy said...

rasa macma dibuat2 lak video tu..
anyway kalu betul la dia ni gay.. kita doakan dia sempat bertaubat.. dan insaf.. dan semorang orang lain sekaum dia pun insaf juga.. akhir zaman ni... seriau..

shada wentz said...

vdeo ni mmg hot stuff.
smlm tak putus2 komen dekat youtube tgk diorang bertelagah psal isu ni.
ish3. ap nk jd la. konon freedom la kann =..=

selembut salju said...

bOdOh la kau!..
bajet hOt nk pOst vidEO cm 2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...